CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 23, 2008

Syarat-Syarat Pertandingan Blog Terbaik
sempena KAPREZA '09

1. Terbuka kepada semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja.
2. Peserta akan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM5.00 per blog.
3. Peserta harus mendaftarkan blog yang baharu dengan menggunakan nama yang sesuai
untuk alamat blog. Antara lelaman yang menyediakan perkhidmatan blog percuma ialah
http://www.blogspot.com/ dan http://www.livejournal.com/. Peserta boleh meneruskan blog sendiri jika bersesuaian.
4. Di dalam blog peserta harus mengandungi:
a) Catatan,
b) Perbincangan,
c) Buah fikiran, dan
d) Komentar
5. Blog mesti dalam Bahasa Melayu menggunakan tema yang diberikan. Peserta boleh
memilih salah satu tema yang diberikan. Tema hanya sekadar 'guide line'. Peserta boleh menulis perkara yang tidak berkaitan dengan tema tetapi haruslah bersesuaian.
Tema:
a) Isu-isu Semasa
b) Kehidupan di Universiti
6. Segala gambar digital yang digunakan di dalam blog haruslah tulen dan tidak disalin dari
mana-mana lelaman tanpa kebenaran pemilik.
7. Blog yang berunsurkan politik dan perkauman akan dibatalkan penyertaannya.
8. Para peserta harus membuat catatan di dalam blog mereka bagi tempoh 15 Januari 2009
hingga 15 Februari 2009.
9. Para juri akan menilai blog para peserta dari 15 Januari hingga 15 Februari 2009 sahaja.
Blog peserta akan dinilai dari segi:
a) Kerelevanan (isi dan bahasa yang digunakan),
b) Kreativiti (corak dan persembahan blog) dan
c) Nilai tambah (unsur ilmu dan pendidikan)
10. Keputusan pengadil adalah muktamad. Para pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel.
11. Hadiah-hadiah menarik akan diberikan kepada para pemenang. Sijil juga akan diberikan
kepada setiap peserta.
Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan blog terbaik boleh menghubungi Azuan (0139482728)......

0 comments: