CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 15, 2009

PEMBERITAHUAN..

Salam...
perhatian kepada semua peserta dan yang berminat untuk menyertai pertandingan blog terbaik..
tarikh akhir pertandingan telah dilanjutkan kepada 19/2/2009 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...
Kepada sesipa yang berminat boleh menghantar nama, no matrik, no telefon, dan alamat blog kepada azuan.1989@yahoo.com atau meninggalkan sahaja maklumat di atas pada bahagian komen...Harap maklum...
Cepat!!cepat!! sebelum terlambat....
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi azuan(0139482728)

Thursday, February 5, 2009

KEJOHANAN REGU TENPIN BOLING PIALA PENGURUS

Sempena hari terbuka kolej Pendeta Za'ba, Kapreza dengan bangganya akan mengadakan KEJOHANAN REGU TENPIN BOWLING PIALA PENGURUS (ZA'BA). Peserta akan bermain secara beregu di mana setiap pemain akan bermain sebanyak 4 permainan. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga UKM. Pertandingan akan berlangsung di Megalanes Kuala Lumpur, Endah Parade, Sri Petaling. Berikut adalah butir-butir pertandingan:

        Tarikh: 20 Feb 2009

        Masa: 3.30 Petang

        Tempat: MEGALANES KL, ENDAH PARADE,
          SRI PETALING

        Yuran: RM50 SEPASUKAN** (2 ORANG)

        *hadiah bergantung pada penyertaan

**Satu beregu tidak boleh diwakili lebih daripada seorang pemain UKM

Handicap akan diberikan mengikut kadar berikut:

pelajar lelaki dan staf lelaki yang mewakili ukm = 0
pelajar perempuan dan staf perempuan yang mewakili ukm = 5
pelajar lelaki dan staf lelaki = 5
pelajar perempuan dan staf perempuan = 10

Pihak Penganjur akan menyediakan sebuah bas untuk peserta yang ingin menaiki bas atau yang mempunyai masalah pengangkutan.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, hubungi:

Rizuan - 017-6838252 / 013-6135101
Haziq - 010-9005896

Tarikh tamat pendaftaran adalah 18 Feb 2009

Sunday, January 4, 2009

Pertandingan Blog Terbaik...

Salam... Satu pertandingan blog terbaik akan diadakan bersempena Karnival Premier Pendeta Za'ba, Kolej pendeta Za'ba (KAPREZA '09)... Jadi jangan lepaskan peluang kepada sesiapa yang berkebolehan atau berminat mencuba bolehlah menyertai pertandingan ini....Syarat-syarat penyertaan boleh didapati pada blog ini...

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghantar penyertaan melalui e-mel yang disertakan dengan nama penuh, no.matrik, no.telefon bimbit, nama blog kepada azuan.1989@yahoo.com sebelum 15 Februari 2009...

Untuk maklumat lanjut pertandingan sila hubungi En.Fauzi (0177578286) atau En.Mazlan (0177707397) atau En.Azuan (0139482728)....

Tuesday, December 23, 2008

Syarat-Syarat Pertandingan Blog Terbaik
sempena KAPREZA '09

1. Terbuka kepada semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja.
2. Peserta akan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM5.00 per blog.
3. Peserta harus mendaftarkan blog yang baharu dengan menggunakan nama yang sesuai
untuk alamat blog. Antara lelaman yang menyediakan perkhidmatan blog percuma ialah
http://www.blogspot.com/ dan http://www.livejournal.com/. Peserta boleh meneruskan blog sendiri jika bersesuaian.
4. Di dalam blog peserta harus mengandungi:
a) Catatan,
b) Perbincangan,
c) Buah fikiran, dan
d) Komentar
5. Blog mesti dalam Bahasa Melayu menggunakan tema yang diberikan. Peserta boleh
memilih salah satu tema yang diberikan. Tema hanya sekadar 'guide line'. Peserta boleh menulis perkara yang tidak berkaitan dengan tema tetapi haruslah bersesuaian.
Tema:
a) Isu-isu Semasa
b) Kehidupan di Universiti
6. Segala gambar digital yang digunakan di dalam blog haruslah tulen dan tidak disalin dari
mana-mana lelaman tanpa kebenaran pemilik.
7. Blog yang berunsurkan politik dan perkauman akan dibatalkan penyertaannya.
8. Para peserta harus membuat catatan di dalam blog mereka bagi tempoh 15 Januari 2009
hingga 15 Februari 2009.
9. Para juri akan menilai blog para peserta dari 15 Januari hingga 15 Februari 2009 sahaja.
Blog peserta akan dinilai dari segi:
a) Kerelevanan (isi dan bahasa yang digunakan),
b) Kreativiti (corak dan persembahan blog) dan
c) Nilai tambah (unsur ilmu dan pendidikan)
10. Keputusan pengadil adalah muktamad. Para pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel.
11. Hadiah-hadiah menarik akan diberikan kepada para pemenang. Sijil juga akan diberikan
kepada setiap peserta.
Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan blog terbaik boleh menghubungi Azuan (0139482728)......

Thursday, December 18, 2008

CyberTech...

Salam.....
Program CyberTech merupakan salah satu program di bawah anjuran Krew KAPREZA '09 yang akan dijalankan pada bulan dua tahun hadapan.
Kami di pihak Cybertech akan mengadakan beberapa bengkel dan pertandingan sempena KAPREZA '09..


Antara program yang dijalankan ialah:


1) Bengkel adobe photoshop

2) Pameran robotik

3) Pertandingan blog terbaik

4) Pertandingan play station 2

5) Pertandingan fotografi

6) Bengkel Fotogafi

7) Pertandingan kuiz informasi

Sebarang pertanyaan mengenai program bolehlah menghubungi En.Fauzi (0177578286) atau En.Mazlan (0177707937)...